Perutusan Pengerusi

Untitled design (1).png

New Project-Picsart-AiImageEnhancer.png

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,


Segala puji bagi Allah SWT yang mengizinkan perjalanan ini terus bernyawa, dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, qudwah terbaik buat umat manusia.

Sebagai Pengerusi Pertubuhan Squad Da’wah Khidmah, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli, para sukarelawan, barisan penasihat, dan sahabat perjuangan yang sentiasa menyokong misi kami sejak awal penubuhan. SDK bukan hanya satu nama, tetapi satu gerakan iaitu gerakan yang dibina atas dasar kasih sayang, khidmat tulus dan ilmu yang menyuluh jalan.

Kami percaya, perubahan tidak lahir dari kekuatan seorang, tetapi hasil tangan dan hati yang bersatu. Setiap langkah SDK adalah hasil dari sokongan kalian yang tidak pernah surut, daripada yang berdiri di pentas hadapan, hinggalah mereka yang bekerja diam-diam di balik tabir.

Visi kami ingin menjadi ruang selamat dan bermanfaat untuk komuniti seluruhnya. Menerusi pelbagai program ilmu, kebajikan, latihan, sokongan rohani dan khidmat masyarakat, kami berusaha membentuk masyarakat yang bukan hanya beramal, tetapi juga berjiwa besar.

Kami membuka pintu seluasnya buat sesiapa yang ingin menyumbang, sama ada dengan masa, tenaga, idea, mahupun doa. SDK sentiasa percaya bahawa setiap individu mempunyai nilai, dan setiap sumbangan ada tempatnya dalam membina ummah yang lebih sejahtera.

Akhir kata, saya mohon doa agar SDK terus melangkah dengan teguh, dan semoga setiap usaha kecil ini diterima sebagai saham akhirat yang berpanjangan.

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Cik Khairunnadjwa binti Roslan

Pengerusi Squad Da’wah Khidmah