السلام عليكم
Selamat Datang
ke

Selamat Datang Ke Laman Web
Squad Da'wah Khidmah

MENGENAI KAMI

Squad Da’wah Khidmah (SDK) telah ditubuhkan pada Disember 2016 sebagai sebuah pertubuhan kebajikan yang berpusat di Kedah.

SDK digerakkan oleh para sukarelawan dan ahli pertubuhan yang komited dalam usaha membantu golongan memerlukan dalam kalangan masyarakat tanpa mengira latar belakang. Selain kerja-kerja kebajikan, SDK juga aktif terlibat dalam penganjuran dan penyertaan majlis ilmu, daurah, serta program khidmat kepada para ulama dan habaib, sebagai usaha menyemarakkan kecintaan kepada ilmu dan ahlinya.

Melalui pelbagai aktiviti dan pendekatan ini, SDK bertekad menjadi jambatan yang menghubungkan masyarakat dengan nilai-nilai keislaman, kasih sayang, dan khidmat bakti secara menyeluruh.



SEBARKAN
SENYUMAN

Membantu asnaf serta pihak yang memerlukan.



SEBARKAN
CINTA

Menyebarkan cinta melalui majlis ilmu, maulid dan qasidah.



SEBARKAN DAKWAH

Berubah ke arah lebih baik dan mengajak ke arah kebaikan

Ikuti kami di instagram @squaddawahkhidmah 
#squaddawahkhidmah #sdk

KALENDAR AKTIVITI